Gerd Angin yang mengganggu tidur
Encik Kamil sudah 2 hari tidak dapat tidur dengan baik. Setiap kali beliau ingin tidur, beliau berasa ingin sendawa tetapi hal tu tidak berlaku. Encik Kamil sudah memakan ubat namun ia tidak berkesan. Hal ini membuatkan beliau resah. Pada malam ketiga beliau datang ke rumah saya di Taiping. Urutan dilakukan pada tapak kaki dan perut. Selain daripada itu, beliau juga dibekam pada satu titik yang berkaitan dengan gerd. Semasa rawatan, encik Kamil tertidur. Alhamdulillah. Beliau memaklumkan beliau sudah dapat tidur seprti biasa.