Akibat tidak dapat kentut
“Lepas urut dengan Pak Tun itu malam, saya pergi kedai minum horlicks. Pagi tu kena pergi klinik terus. Tak boleh tidur. Rasa susah nak bernafas.”
Terkejut dengan respond salah seorang pesakit yang Pak Tun rawat, jika diikutkan, pada malam tersebut keadaannya sudah semakin ok tetapi lain pula jadinya.
“Horlicks tunkan ada susu, abang tak boleh minum susu kan?”
“Betul tu, saya tak perasan.”
Temujanji dibuat.
Pagi itu sekitar jam 11 pagi Pak Tun ke rumah untuk mengurut.
Semasa mengurut pada titik-titik angin perut, didapati kembung di bahagian perut pesakit semakin besar dan seperti sedang menghimpit dada pesakit.
Patutlah beliau ada sebut yang beliau berasa sakit ketika hendak bernafas.
Ini adalah kali ketiga beliau dirawat.
Kali pertama adalah kerana tidak dapat bersendawa selama 2 hari, itu telah mengganggu beliau tidur. Rasa resah.
Kali kedua, adalah akibat tidak dapat kentut.
Beliau telah mendapatkan rawatan klinik tetapi beliau tidak berpuas hati.
Pada rawatan ketiga ini. Pak Tun menyarankan untuk beliau berpantang makanan dengan lebih lama dan juga melakukan aktiviti berjalan selama 30 minit dan tidur mengiring. Mudah-mudahan beliau dapat membuang angin seperti biasa.
Untuk sakit seperti ini, Pak Tun juga menyarankan supaya beliau melakukan beberapa siri rawatan memandangkan keadaanya yang agak serius.
Comments
Post a Comment