Posts

Showing posts from January, 2025

Mungkin kerana megi

 " Maaf bang, saya nak kentut." 'Ok.' Balas saya sambil ketepikan badan. Berhenti mengurut sekejap. Tanpa saya sedari, rupa-rupanya kipas menghala ke arah saya, dan dia kentut ke arah kipas. Baunya, masyaallah. Ada bau telur. Dia ada bercerita yang dia suka makan megi pada waktu malam.  Saya fikir, mesti dalam meginya ada telur.

Selamat tahun baru 2025

Image
 Sebenarnya saya tidak sangka yang saya masih mengurut dan berbekam. Alhamdulillah. Tahun ni upgrade ilmu. Buat minyak urut pula. Dulu sekitar 2014 saya memang ada membuat dan menjual minyak urut, cuma ketika itu masih baru dan tidak tahu sangat apa-apa perkara berkaitan marketing. Alhamdulillah, sekarang ini dengan ilmu dan pengalaman masa lalu, insyaallah dapat digunakan dengan baik. Tidak lama lagi, akan keluar MINYAK JASA PAK TUN.  Nama ini timbul ketika santai-santai muhasabah diri. Mudah-mudahan menjadi satu doa yang baik buat diri ini.