Selamat tahun baru 2025

 Sebenarnya saya tidak sangka yang saya masih mengurut dan berbekam.

Alhamdulillah.


Tahun ni upgrade ilmu. Buat minyak urut pula.

Dulu sekitar 2014 saya memang ada membuat dan menjual minyak urut, cuma ketika itu masih baru dan tidak tahu sangat apa-apa perkara berkaitan marketing.


Alhamdulillah, sekarang ini dengan ilmu dan pengalaman masa lalu, insyaallah dapat digunakan dengan baik.


Tidak lama lagi, akan keluar MINYAK JASA PAK TUN. 


Nama ini timbul ketika santai-santai muhasabah diri. Mudah-mudahan menjadi satu doa yang baik buat diri ini.


Comments

Popular posts from this blog

Mungkin kerana megi

Akibat tidak dapat kentut