Posts
Mungkin kerana megi
- Get link
- X
- Other Apps
" Maaf bang, saya nak kentut." 'Ok.' Balas saya sambil ketepikan badan. Berhenti mengurut sekejap. Tanpa saya sedari, rupa-rupanya kipas menghala ke arah saya, dan dia kentut ke arah kipas. Baunya, masyaallah. Ada bau telur. Dia ada bercerita yang dia suka makan megi pada waktu malam. Saya fikir, mesti dalam meginya ada telur.
Selamat tahun baru 2025
- Get link
- X
- Other Apps
Sebenarnya saya tidak sangka yang saya masih mengurut dan berbekam. Alhamdulillah. Tahun ni upgrade ilmu. Buat minyak urut pula. Dulu sekitar 2014 saya memang ada membuat dan menjual minyak urut, cuma ketika itu masih baru dan tidak tahu sangat apa-apa perkara berkaitan marketing. Alhamdulillah, sekarang ini dengan ilmu dan pengalaman masa lalu, insyaallah dapat digunakan dengan baik. Tidak lama lagi, akan keluar MINYAK JASA PAK TUN. Nama ini timbul ketika santai-santai muhasabah diri. Mudah-mudahan menjadi satu doa yang baik buat diri ini.
urut dan bekam taiping kamunting
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah. Sudah setahun saya menjadi perawat bagi mereka yang tergeliat, masalah angin, sakit kepala dan sengal-sengal badan. saya dapati punca sakit-sakit tersebut ada beberapa punca: 1) Makanan diet yang tidak sihat. Makanan fast food atau mengabaikan waktu makan, terutama sarapan. Perkara begini makan masa bertahun untuk memberi kesan pada tubuh tetapi..apabila ia terjadi, ia memang perlukan masa yang lama untuk sembuh. 2) Jatuh atau kerja berat yang berlebihan, Kemalangan.. Cuba elak dari jatuh terduduk atau dari tidak melakukan apa-apa senaman regangan. Jatuh terduduk biasanya akan menyebabkan slip disk. Ada pesakit yang jatuh terduduk 3-5 tahun lepas cuma kesannya mulai terasa sekarang. Antara tanda-tanda slip disk.. bunyi pinggang meletup. kebas dari punggung hingga ke kaki. Kesakitan di bahagian belakang. Cuba elak dari pembedahan kecuali memang terpaksa dan pastikan anda mendapat maklumat dari pelbagai summber sebelum membedah. 3) Sihir.. ini adalah...
Akibat tidak dapat kentut
- Get link
- X
- Other Apps
“Lepas urut dengan Pak Tun itu malam, saya pergi kedai minum horlicks. Pagi tu kena pergi klinik terus. Tak boleh tidur. Rasa susah nak bernafas.” Terkejut dengan respond salah seorang pesakit yang Pak Tun rawat, jika diikutkan, pada malam tersebut keadaannya sudah semakin ok tetapi lain pula jadinya. “Horlicks tunkan ada susu, abang tak boleh minum susu kan?” “Betul tu, saya tak perasan.” Temujanji dibuat. Pagi itu sekitar jam 11 pagi Pak Tun ke rumah untuk mengurut. Semasa mengurut pada titik-titik angin perut, didapati kembung di bahagian perut pesakit semakin besar dan seperti sedang menghimpit dada pesakit. Patutlah beliau ada sebut yang beliau berasa sakit ketika hendak bernafas. Ini adalah kali ketiga beliau dirawat. Kali pertama adalah kerana tidak dapat bersendawa selama 2 hari, itu telah mengganggu beliau tidur. Rasa resah. Kali kedua, adalah akibat tidak dapat kentut. Beliau telah mendapatkan rawatan klinik tetapi beliau tidak berpuas hati. Pada rawatan ketiga ini. Pak Tun m...
Gerd Angin yang mengganggu tidur
- Get link
- X
- Other Apps
Encik Kamil sudah 2 hari tidak dapat tidur dengan baik. Setiap kali beliau ingin tidur, beliau berasa ingin sendawa tetapi hal tu tidak berlaku. Encik Kamil sudah memakan ubat namun ia tidak berkesan. Hal ini membuatkan beliau resah. Pada malam ketiga beliau datang ke rumah saya di Taiping. Urutan dilakukan pada tapak kaki dan perut. Selain daripada itu, beliau juga dibekam pada satu titik yang berkaitan dengan gerd. Semasa rawatan, encik Kamil tertidur. Alhamdulillah. Beliau memaklumkan beliau sudah dapat tidur seprti biasa.